Wednesday 4 June 2014

Sekolah Saya

Sekolah Kebangsaan Tapak
 Pintu dengan CCTV
 Visi dan misi sekolah
 Pintu masuk
 Pemandangan dari sudut padang
 Dulunya ini anak sungai
 Air yang sentiasa mengalir
 Pondok Bacaan
 Murid mentelaah di dalam perpustakaan
 Ustazah Siti Rogayah di dalam bilik PSS
 Cikgu Norazlina menuju ke kelas
 Kelas Tahun 3
 Cikgu Siti Hajar di Tahun 3
 Membaca di sudut bacaan
 Perasmian Galeri Bahasa pada 10.10.13
 Ustazah Siti Ezura di bilik guru
 Pembantu Tadbir  En. Shahrilfuad
Guru Cemerlang (GC) SK Tapak, Pn. Norazlina

Sekolah Saya

Sekolah Kebangsaan Tapak, itulah nama sekolah saya. Sekolah saya  terletak di dalam Kampung Tapak yang jaraknya lebih kurang 12 kilometer dari pekan Batu Kikir, Negeri Sembilan.Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1915. Pada tahun 2015, sekolah saya akan menyambut Jubli Berlian iaitu ulang tahun seratus tahun penubuhannya.
                Sekolah saya kecil dan comel. Bilangan murid sekolah saya ialah seramai  64 orang manakala bilangan guru pula ada 14 orang termasuk guru besar. Nama guru besar sekolah saya ialah Puan Kalshom binti A. Hamid.Bilangan kelas adalah enam buah iaitu satu kelas untuk setiap tahun. Oleh sebab sekolah saya terletak dalam kawasan kampung, maka semua murid adalah berbangsa Melayu.
Seperti mana sekolah-sekolah lain, sekolah saya juga dilengkapi dengan segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan seperti pejabat, dewan, perpustakaan, kantin dan sebagainya. Namun ada juga kemudahan yang disediakan oleh PIBG seperti pondok bacaan, galeri bahasa dan wakaf menunggu. Kebanyak murid tinggal berdekatan dengan sekolah. Murid-murid berjalan kaki atau menunggang basikal untuk datang ke sekolah.
Sekolah saya dikelilingi oleh bukit-bukau dan pohon buah-buahan.Suasana sangat sunyi dan sepi ketika pelajaran sedang berjalan.Sedikit kebisingan hanya berlaku pada waktu rehat dan waktu pulang. Terdapat anak sungai yang mengalir jernih di tengah-tengah kawasan sekolah saya.

Semua guru dan murid sekolah saya sangat rajin. Pencapaian dalam kurikulum dan kokurikulum sentiasa cemerlang. Oleh sebab itu sekolah saya dianugerahkan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) pada bulan April, 2013. Saya berasa bangga dapat belajar di sekolah ini. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh.

No comments:

Post a Comment