Hadapan gerai
Nak berenang, panas lagi ni...tunggu petang sikit...
Jeti Kampung Genting
Hadapan Tioman Beach Holiday
Meronda kampung dengan EX5 JHR 5267
Bersedia untuk snorkeling
Pulau Rengis
Naik semula ke atas bot untuk snorkeling seterusnya
Pelancong dari agensi/resort lain
Air yang jernih
Roti untuk ikan
Batu karang (coral) yang ada di dasar Pulau Rengis
Coral yang keras tempat ikan bersembunyi
Jeti kapal mewah di Kampung Tekek
Landak laut yang berbahaya
Bergayutan
Berjuntaian
Kedai Bebas Cukai di Kampung Tekek
Pemandangan dari chalet
Snorkeling di hadapan chalet
Waktu hampir check out
Masih belum puas berendam
Kenderaan ubahsuai - ada gear undur
Riang dalam perjalanan pulang
Pada hari
Ahad 8 Jun 2014, kami berempat menuju ke Pulau Tioman untuk bercuti.Setelah
satu jam setengah perjalanan, kami akhirnya tiba di Kampung Genting dari jeti
Tanjung Gemok dengan menaiki feri Gemilang 1. Majoriti penduduk di sini berbangsa Melayu dan juga beragama Islam. Di sini lengkap dengan segala kemudahan seperti
masjid, klinik kesihatan desa, sekolah, dan juga Rumah Penghulu. Namun penduduk
kampung yang sebenar mungkin sekitar 30 keluarga sahaja di sini. Kami memilih
untuk menginap di Idaman Beach Holiday iaitu lebih kurang 10 minit
berjalan kaki dari jeti Kampung Genting. Satu bilik kami sewa dengan harga RM95
(harga cuti sekolah). Deretan chalet di sini terletak
berhadapan pantai. Dari dalam bilik, kami boleh lihat laut nan membiru, bot-bot
nelayan dan feri yang berulang-alik. Sangat mendamaikan. Chalet di sini tiada
televisyen sebab keinginan untuk
menikmati ciptaan Allah yang terindah ini lebih baik dari menonton siaran-siaran
yang menjemukan seperti di Tanah Besar.
Hari pertama kami habiskan dengan berjalan-jalan di sekitar kampung
dengan menaiki motosikal yang disediakan. Basikal pula boleh disewa untuk
meronda sekitar kampung yang jalannya hanya sekitar 2km, sempit dan
berbatu-batu. Kemudian kami berendam di dalam laut berhadapan chalet kami
sehingga matahari terbenam.
Hari kedua, selepas bersarapan, kami terus bersedia untuk aktiviti
snorkeling dan berjalan-jalan sekeliling pulau. Sewa bot dan peralatan snorkeling
untuk seorang ialah RM60. Kami seramai 7 orang dimuatkan ke dalam sebuah bot.
Sebelum bertolak, kami sempat merakamkan beberapa gambar sebagai kenangan. Kami
di bawa oleh pemandu bot bernama Pak Musa menuju ke Pulau Rengis. Perjalanan
ke Pulau Rengis mengambil masa lebih kurang 10 minit. Kami melalui persisiran
pantai Genting dan Tekek. Sepanjang perjalanan, kami dapat lihat cruise,
sekolah, dan tempat-tempat penginapan yang menarik. Pulau Rengis juga dikenali sebagai Coral Island, salah
satu taman laut yang terpelihara di Pulau Tioman. Pulau ini juga menjadi
tumpuan utama pelancong untuk melakukan aktiviti snorkeling. Daripada jauh, kita boleh lihat batu karang yang
sangat banyak. Menurut kata Pak Musa kami, Pulau Renggis yang comel ini sesuai
untuk dijadikan tempat snorkeling. Banyak ikan dan batu-batu karang di sini.Mula-mula
memang rasa takut juga untuk snorkeling.
Macam-macam ada dalam bayangan. Lepas
melihat pelancong dari tempat lain turun, kami juga turun. Untuk mensesuaikan
google dan alat pernafasan itu memang susah kerana tiada latihan diberikan
kepada kami. Berapa kali kami tertelan air laut. Di sini kami dapat melihat
dengan jelas dari atas permukaan air beratus-beratus ikan yang berwarna-warni
berenang berkumpulan, batu karang (coral) yang sangat banyak dan cantik, dan
juga landak laut yang bahaya itu.
Selepas
Di Pulau Rengis, kami dibawa ke Taman Marine Pulau Tioman. Di sini merupakan
tempat yang diawasi oleh pihak marin, khas untuk para pelancong yang berkunjung
ke Pulau Tioman. Di sini air
laut tak sejernih Pulau Rengis. Ikan-ikan pula besar-besar belaka. Landak laut
dan coral pun ada tetapi tidak banyak. Para pelancong cuba menarik perhatian
ikan-ikan di sini dengan memberi makan roti yang dijual dengan harga RM2 sebungkus.
Ikan-ikan di sini apabila tidak dapat makan roti, kaki kita pun digigitnya.
Kemudian
kami melawat Kampung Tekek, tempat yang paling maju dalam pulau ini.Kami
turun di jeti yang menjadi persinggahan
kapal-kapal besar dari seluruh dunia. Sangat cantik! Terasa seperti berada di
seberang laut..Semua ini kapal pelayaran dunia. Sebaik mendarat, kami terkejut
melihat ribuan keluang bergayutan dan berjuntaian di setiap pokok ru di sini.
Kami tidak dapat membayangkan penduduk di sini berada seperti di dalam gua pada
waktu petang.Sudah tentu haiwan mamalia ini akan menganggu ketenteraman
penduduk di sini.Kami singgah di kampung ini untuk membeli barangan di sebuah
pusat bebas cukai. Walaupun barangan bebas cukai, kami bukanlah mahu membeli barang-barang sangat. Kami dimaklumkan
bahawa hanya arak dan rokok sahaja yang agak murah di sini.Harga barangan lain
adalah lebih kurang sahaja dengan Tanah Besar. Untuk pengetahuan semua, Kampung
Tekek inilah pusat Pulau Tioman untuk menjalankan segala aktiviti. Di sini ada
Pejabat Kastam, Pejabat Daerah, sekolah Rendah dan Menengah lengkap berasrama
untuk pelajar-pelajar di sini.
Selesai
melawat Kampung Tekek, kami sekali lagi membuat aktiviti snorkeling. Kali ini di
sebuah pulau batu berhampiran Monkey Bay di Kampung Paya. Kali ini kita dapat memberi
ikan-ikan di sini baki roti yang dibeli tadi. Beratus-ratus ikan mengelilingi
kita apabila roti dibawa di dalam genggaman. Ikan-ikan ini begitu jinak menggigit
roti di tangan kita, malah kita boleh mengusik badan-badan ikan yang
mengelilingi kita. Pada sebelah petang, kami sekali lagi berendam di dalam laut
di hadapan chalet. Melalui pengalaman di sebelah pagi, kami sudah boleh snorkelling
di sini. Cuma ikan-ikan di sini datang apabila dipujuk dengan roti.Batu-batu
karang tidaklah sebanyak seperti di Pulau Rengis tadi.
Hari terakhir
kami di sini terasa sangat sekejap berada di pulau ini. Untuk menyarung google untuk tempoh yang lama pun masih belum
puas lagi. Apatah lagi kami menyelam untuk melihat anak-anak ikan hanya di
hadapan chalet ini sehingga waktu check out 12:00 tengah hari tamat. Kami perlu
bersiap-siap untuk pulang kerana feri ke Tanjung Gemok akan tiba pada pukul
2:00 petang.InsyaAllah, jika diizinkan Allah kami pasti akan datang lagi.
Ayat Yang gramatis cikgu . Seronok says baca.🙂
ReplyDeleteIkut pakej trip atau family trip sendiri? kalau sendiri, boleh saya tahu bagaimana ingin tempah packej snorkelling dan boat rm 60 tu sahaja?
ReplyDelete