Wednesday 13 April 2016

Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentukkomputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device).
Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada sebuah komputer, manakala perisian (software) menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer. Kadangkala perbezaan perkakasan (hardware) dengan perisian agak kabur, terutama apabila merujuk kepada perisian tegar (firmware). Perisian tegar ialah perisian yang dipasang ke dalam perkakasan, ia amat jarang perlu diubah dan oleh itu biasanya disimpan dalam ingatan baca sahaja (ROM).
Kebanyakan perkakasan komputer tidak dapat dilihat oleh pengguna biasa. Ia merupakan sebahagian dari sistem terbenam yang digunakan dalam kenderaan, ketuhar gelombang mikro, mesin elektrokardiograf, pemain cakera padat dan banyak lagi. Komputer peribadi, perkakas yang paling biasa pada kebanyakan orang, merupakan cuma sebahagian kecil perkakasan komputer (kira-kira 0.2% dari semua komputer baru pada 2003).
Description: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/b6/Desktop_personal_computer.jpg/220px-Desktop_personal_computer.jpg







Peranti Output
  • Peranti output adalah sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk memaparkan maklumat yang telah diproses oleh Unit Pemprosesan Pusat (CPU) untuk dilihat, digunakan atau didengar oleh pengguna.
  • Data yang diinput menerusi peranti input perlu diproses oleh komputer supaya berada dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin sehingga peranti output menukarkannya ke bentuk yang boleh dibaca oleh manusia. diantara contoh-contoh peranti output adalah seperti :
i - Monitor
Description: http://www.nptechnologies.ca/wp-content/uploads/2012/04/Monitor.jpg
Rajah 2.22 : LCD Monitor
    

    Memaparkan maklumat yang kelihatan di atas skrin. Maklumat yang biasa dipaparkan di atas skrin adalah seperti gambar, permainan komputer, tayangan filem, arahan, teks dan sebagainya. antara jenis-jenis monitor adalah CRT (Cathode Ray Tube, LCD (Liquid Crystal Display) dan Plasma Display.



Description: http://luisconduto.net/wp-content/uploads/2012/08/projector1.jpg
Rajah 2.23: Projektor LCD

ii - Projektor LCD

     Fungsi yang sama seperti monitor tetapi lebih sesuai digunakan untuk ditayangkan di sebuah bilik atau kawasan yang luas.



iii - Pencetak
Description: http://images03.olx.com.my/ui/11/16/43/1301309539_181831343_1-Pictures-of--Printer-MP258-with-modify-ciss-ink.jpg
Rajah 2.24 : Pencetak
      Pencetak adalah satu peranti yang digunakan untuk mengeluarkan maklumat dalam bentuk cetakan pada kertas. Juga dikenalai salinan Hard Copy. Manakala salinan dalam disket dikenali sebagai Soft Copy. Terdapat beberapa jenis pencetak yang terdapat dipasaran. Antaranya ialah Pencetak Bubble-Jet, Pencetak Laser, Pencetak Dot-Matrix dan Pencetak Plotters.



Description: http://www.logitech.com/assets/26732/26732.png
Rajah 2.25 : Pembesar Suara
iv - Speaker Audio
      Speaker ataupun lebih dikenali dengan nama pembesar suara. Ia mengeluarkan maklumat dalam bentuk bunyi/audio.





 Peranti Input
  • Peranti input adalah sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk menghantar data ke komputer. Tanpa peranti input, sesebuah komputer hanya bertindak seperti televisyen iaitu hanya memaparkan maklumat sahaja dan tidak membenarkan pengguna berinteraksi dengannya.
  • Ia digunakan untuk membawa input dalam bentuk digital ke memori utama, pemprosesan serta sebagai output.
  • Terdapat pelbagai peranti input untuk kegunaan teks, grafik, audio dan video. Ia boleh dikategorikan mengikut klasifikasi bahan yang diinputkan :
i - Teks
  1. Papan Kekunci (Keyboard)
Description: http://1.bp.blogspot.com/-gpKJSIPork8/TvhiZHvSQtI/AAAAAAAAAXg/py-ttIomNmk/s200/keyboard-pc.jpg
Rajah 2.11: Papan Kekunci
          Merupakan peranti yang digunakan untuk memasukkan data dan arahan. Terdapat berbagai bentuk, gaya, saiz, bentangan (susun atur), "rasa/sentuhan" dan bilangan kekunci. pada kebiasaannya bilangan kekunci ialah 101. Bentangan yang selalu digunakan ialah susun atur QWERTY kerana lima kekunci pertama baris atas untuk alfanumerik ialah huruf Q,W,E,R,T dan Y.



ii - Grafik

Description: http://onlinemca.com/mca_course/kurukshetra_university/semester5/computergraphics/img_computer_graphics/scanner.jpg
Rajah 2.12: Mesin Pengimbas

    1.  Mesin Pengimbas
          Peranti in menukarkan imej teks, lukisan, gambar dan yang serupa dengannya pada helaian kertas kepada bentuk digital untuk dimasukkan secara langsung ke komputer. Imej yang telah diproses boleh dipaparkan di skrin, disimpan di peranti storan dan dihantar kepada komputer lain.



     2.  Kamera Digital
Description: http://www.transcribe.co.uk/UserFiles/digital_camera_picture(3).jpg
Rajah 2.13: Kamera Digital
   

       Kamera Digital adalah sama dengan kamera tradisi kecuali imej direkod secara digital pada cakera atau dalam ingatan kamera dan bukan filem. Anda boleh mengambil gambar, melihat dan meletakkannya di halaman Web dalam masa beberapa minit sahaja.


   
 3.  Pengimbas Kod Bar
Rajah 2.14: Pengimbas Kod Bar
     Kod Bar adalah set garisan yang berbeza ketebalannya yang mewakili nombor. Pengimbas Bar Kod digunakan untuk input data dari kod bar ke dalam komputer. Kebanyakan barang-barang sekarang menggunakan kod bar sebagai maklumat produk.







iii - Audio
Description: http://speechrecsolutions.com/images/buddy_desktop.jpg
Rajah 2.15: Mikrofon
     

   Peranti input audio digunakan untuk merekod atau memainkan muzik analog kepada bentuk digital. Amnya, ia boleh menerima berbagai bentuk bunyi seperti input. sedangkan peranti pengecam suara hanya boleh menerima satu jenis input audio sahaja iaitu input suara.





iv - Video
Rajah 2.17: Kamera Web

Description: http://image.made-in-china.com/2f0j00uUtaDGQWUzTF/Digital-Video-Camera-DV-385-685-.jpg
Rajah 2.16: Kamera Video
      Peranti ini membolehkan gambar video ditukar kepada bentuk digital melalui kad khusus.









v - Lain-lain
    1.  Skrin Sesentuh
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEieBzw5X1qV91VUEaK_qwoieMMg_iY12scfBTY3G3vVDxFMGbHxp8T8dvlD370rwh_HtN14ls6pXyAlEQD2W65G10awCBr_XgKv-f8aO5zthB1L4-IlKcPSt8zeuBT0f5Z0IP_l925pA6fN/s200/touch+screen.jpg
Rajah 2.18: Skrin Sesentuh
       

        Peranti ini bertindak sebagai peranti input dan pada masa yang sama sebagai peranti output. Ia membenarkan pengguna memberikan arahan atau membuat pilihan dengan hanya menyentuh pada skrin. Contoh perkakasan yang mempunyai skrin sesentuh adalah mesin ATM Bank, telefon pintar, mesin kiosk dan mesin juruwang.



    2.  Peranti Penunjuk
Description: http://www.kemglobal.com/sites/default/files/mouse.jpg
Rajah 2.19: Tetikus

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5bQHJbvmTWCton9B1jf3CNWXPbKxkXyZoRcS3Cl8-7_84n8AwDrg4snGryWqRUj5VrAO1qJv4UpYz6u7N_jJrKYhUmeFu9DZgRP0HgabTifx0oOuLfsaz4xl41tQAdAwKmcWKK9wSdCI/s200/joystick+1.gif
Rajah 2.20: Kayu Ria
         Peranti ini digunakan untuk memberi arahan berdasarkan kursur penunjuk (pointing cursor).



Storan
  • Komputer merupakan peralatan elektronik yang berupaya untuk menyimpan data, arahan, maklumat dan dokumen. Ia boleh dipanggil untuk digunakan pada bila-bila masa. Komputer menyimpannya di dalam bentuk elektromagnet dan ianya boleh dicapai oleh komputer sahaja.
  • Storan adalah ruang ingatan pada sesebuah komputer. 
a)     Cakera Liut 

Description: http://www.freefoto.com/images/04/20/04_20_35---1-44mb-Floppy-Disk_web.jpg 

Cakera liut (floppy disk) adalah peranti berbentuk segiempat dan diselaputi oleh kepingan plastik. Peranti ini digunakan untuk menyimpan data yang kecil dan terdiri daripada kepingan bulat nipis yang mudah lentur. Data dan maklumat disimpan ke dalam kepingan bulat nipis dan ia dibaca menggunakan pemacu cakera liut. 

Jadual di bawah menunjukkan sejarah turutan saiz format cakera liut yang biasa digunakan sehingga ke hari ini. Penggunaan cakera liut masih digunakan disebabkan kos yang murah dan berupaya menyimpan fail yang mudah dan kecil. Walaubagaimanapun, penggunaannya semakin terhad disebabkan permintaan semakin berkurangan. 

b)    Cakera keras 

Description: http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:p6Z8ulnBS9_IAM:http://www.hardwaresecrets.com/imageview.php%3Fimage%3D498 

Cakera keras (hard disk) merupakan antara peranti yang menyimpan data yang banyak. Peranti ini terdiri daripada kepingan litar yang berfungsi untuk membaca dan menerima data dan dilindungi oleh kepingan besi dan plastik. Data disimpan di dalam cakera keras yang dibahagikan kepada beberapa sektor. Jarum pada peranti ini berfungsi untuk membaca data yang dikehendaki. Ia bergerak setiap masa setiap kali arahan diberikan. Saiz cakera keras adalah dalam saiz Gigabyte (GB) dan wujud dari saiz 40 GB hingga 800 GB. 

Disebabkan saiz storan yang besar, permintaan terhadap cakera ini bertambah khususnya dalam sektor awam dan swasta. Walaupun kos peranti adalah agak mahal tetapi permintaan semakin bertambah dari semasa ke semasa. 

c) Cakera Optik 

Description: http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:VnZ3xDTHYpN25M:http://www.dicts.info/img/ud/compact_disc.jpg 

Cakera padat seperti cakera padat (VCD) atau audio (CD-DA) adalah contoh cakera optik. Cakera optik mampu menyimpan data yang sangat banyak, iaitu melebihi 6000 Megabait (melebihi 6 Gigabait). Kesemua jilid ensiklopedia sekarang sudahpun dimuatkan dalam satu cakera padat sahaja. Maklumat disimpan dalam cakera optik dan dicapai daripadanya menggunakan cahaya laser dan bukan lagi menggunakan bahan magnet seperti dalam media magnet (cakera keras, cakera liut).
Terdapat tiga jenis cakera optik asas iaitu cakera padat ingatan baca sahaja. (CD-ROM), WORM (cakera padat jenis write once, read many). dan cakera optik boleh padam. Setiap jenis cakera optik tersebut memerlukan pemacunya sendiri.
CD-ROM adalah kategori cakera padat bersaiz 120mm dengan muatan yang pelbagai (daripada 650MB) hingga ke beberapa Gigabait), CD foto, dan CD-I adalah beberapa contoh cakera optik yang tergolong dalam jenis CD-ROM.
d) Cakera Kilat 

Description: http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:gruPH4qU3c1b_M:http://everysnowdrops.files.wordpress.com/2008/11/usb_flash_disk_u172p_2gb.jpg 


Pemacu kilat USB adalah peranti storan ingatan kilat yang disepadukan dengan antaramuka USB. Pemacu kilat USB lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh dibawa ke mana sahaja. Kapasiti simpanan biasanya dalam lingkungan 64 MB sehingga 128 GB[1] dengan penambahbaikan yang berterusan dalam nisbah saiz dan harga bagi setiap gigabait. Sesetengah pemacu kilat membenarkan kitar tulis-padam sehingga lebih sejuta kali[2][3] serta mempunyai jaminan pengekalan data selama 10 tahun,