Wednesday 18 June 2014

Jubli Berlian Sekolah Kami




Jubli Berlian - Ulang Tahun Ke-100 Sekolah Kami

Sejarah Sekolah

       Sekolah Kebangsaan Tapak ini telah dibina pada tahun 1915. Tapak pembinaan sekolah ini adalah pemberian En Hussein bin Hj. Karim. Guru Besar pertama di sekolah ini ialah Cikgu Ahmad. Pada mulanya murid di sekolah ini terdiri daripada pelajar lelaki sahaja.

          Pada tahun 1955 bangunan sekolah ini ditambah dengan wujudnya sekolah Inggeris. Sekolah Inggeris ini diberi nama ”Standard Type Primary English School Tapak.”  Yuran bulanan sebanyak RM2.50. Ini diluar kemampuan ibu bapa pada waktu itu.

          Pada 01.01.1962 sekolah ini telah ditutup kerana ketiadaan murid. Sekolah ini kemudiannya dijadikan sekolah Melayu. Ini membuat ramai ibu bapa menghantar semula anak mereka ke sekolah.

          Pada tahun 70-an apabila Rancangan Tanah Felda dibuka, bilangan murid pun bertambah merosot kerana ramai ibu bapa berpindah ke Felda menjadikan sekolah ini Sekolah Kurang Murid sehinggalah ke hari ini. Pada tahun ini (2009) bilangan muridnya cuma 47 orang.

            Pada tahun 1994 bangunan tambahan sekolah ini telah diubahsuai daripada dinding papan ke dinding batu. Bangunan asal sekolah telah dijadikan dewan.

          Pada tahun 2002, rumah staf di dalam kawasan sekolah yang tidak didiami lagi diubah suai menjadi dua buah bilik darjah. Satu kelas di jadikan kelas dan satu lagi dijadikan Bilik Komputer yang menempatkan 5 buah komputer.

          Pada tahun 1981, sekolah ini telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik apabila ada muridnya yang mendapat 4A 1B dalam peperiksaan Penilaian Darjah Lima.

          Pada tahun 2004, sekolah ini telah mendapat penghargaan dari JPNS kerana mendapat Gred Purata Sekolah kurang daripada 2 iaitu 1.94.

Kecemerlangan ini berterusan sehinggalah pada tahun 2008 apabila GPS dapat dikekalkan pada tahap 1 point.

 DATA MURID DAN KOMPOSISI GURU
KELAS
LELAKI
PEREMPUAN
JUMLAH
Tahun 1
5
6
11
Tahun 2
1
2
3
Tahun 3
2
7
9
Tahun 4
4
5
9
Tahun 5
4
7
11
Tahun 6
3
3
6
Jumlah
20
27
47

JENIS LATIHAN
BILANGAN GURU
L
P
JUM
S
BS
S
BS
Pengajian Melayu


2

1
3
Pengajian Inggeris



1
1
2
Muzik




1
1
Pengajian Agama Islam


1


1
Matematik




1
1
Sains



1

1
Kemahiran Hidup




1
1
Guru Pemulihan

1



1
Guru j-Qaf



2

1
Jumlah

1
3
4
5
13





                           LENCANA SEKOLAH

          

Warna merah -
keberanian

Warna kuning -
kerajaan yang memerintah
Warna hitam -
undang luak Negeri Sembilan
Warna hijau -
hasil mahsul anugerah Tuhan
Warna biru -
luasnya ilmu
Warna putih -
kesucian


SKT
Sekolah Kebangsaan Tapak


LAUT DAN KAPAL
Keluar negara menimba ilmu


BUKU DAN OBOR
Melambangkan ilmu pengetahuan panduan hidup


BULATAN BERANGKAI
Melambangkan masyarakat sepakat


PADI
Melambangkan rezeki kejayaan


MOTTO : ILMU PANDUAN HIDUP


Lagu Sekolah

Berilmu, beramal teras kejayaan,
Slogan Sekolah Kebangsaan Tapak,
Berusaha dengan kesungguhan,
Menuju kecemerlangan.

Harapan ayah dan ibu,
Menjadi insan berjaya,
Mendidik generasi cemerlang,
Sekolah jadi terbilang.

Ilmu ditimba tanpa sempadan,
Jadi azimat masa hadapan,
Demi sekolah kami bersatu,
Untuk berjaya terus maju.


Oh ! Sekolahku yang tercinta, 
lahirkan bangsa nan gemilang,
berdiri megah persada negara,
insan berilmu generasi cemerlang.

Oh! Sekolahku yang tercinta,
lahirkan bangsa nan gemilang,
berdiri megah persada negara,
insan berilmu generasi cemerlang.


No comments:

Post a Comment