Thursday, 19 June 2014

Merentas Desa Di Sekolah Saya


Murid-murid memulakan larian
Boleh kuruskan badan

Merentasi kawasan bendang

Pemandangan di Kampung Pabai

Antara peserta tercorot

Eh, sempat pulak baling buah kundang!

Antara bukit yang agak tinggi untuk didaki

Minum sebentar sebelum meneruskan larian.

Ambulans yang sedang berkhidmat

Mereka yang sudah tertewas sebelum garisan penamat

Ada yang salah jalan

Berehat sebentar di hadapan Kem PUSAKO

Kepenatan di hadapan Kem PUSAKO Sungai Jelutong

Pengawasan ketat bagi menjamin keselamatan

Cikgu Md Yunus dan Cikgu Jailani mengawasi jalan raya

Bergambar walau dalam kepenatan

Merentasi kawasan perkuburan

Siti Zaleha Hamdan berjaya mendapat tempat pertama.

Antara peserta perempuan yang terawal tiba
 Pada hari Khamis bersamaan 19 Jun 2014, Sekolah Kebangsaan Tapak telah mengadakan larian  merentas desa  yang melibatkan murid Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Murid Tahun 2,3 dan 4 dimasukkan dalam kategori Kelas 4 manakala murid Tahun 5 dan 6 dalam kategori Kelas 3.Acara larian bermula dari kawasan sekolah itu telah melalui beberapa batang jalan dan merentasi beberapa buah kampung seperti Kampung Pulau, Kampung Pabai, Kampung Ghalib, Kampung Sungai Jelutong dan Kampung Tapak. Jarak perjalanan larian merentas desa kali ini lebih kurang lima kilometer.
Acara merentas desa ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid-murid supaya aktif dari segi fizikal dan juga mental ini bertujuan agar murid-murid mempunyai pencapaian yang seimbang dalam bidang akedamik dan juga kokurikolum dan juga memperatkan silaturahim diantara murid-murid dan guru-guru yang terlibat sepanjang aktiviti ini berlaku.
Acara ini telah dimulakan pada tepat pukul 3:00 petang. Acara ini dimulakan dengan penyampaian taklimat oleh Cikgu Md Yunus Ashari.Kemudian beliau telah melepaskan para pelajar perempuan acara merentas desa bermula dari pagar utama sekolah . Selepas itu, diikuti dengan pelepasan pelajar lelaki.Pengawasan di sepanjang perjalanan dijalankan oleh guru-guru iaitu Cikgu Mohd Shuhud Abd Rahman, Cikgu Jailani Ahmad dan Cikgu Yunus sendiri. Cikgu Mazura Abd Aup menjadi hakim dan menjaga garisan penamat di sekolah.
Acara merentas desa ini telah dilaksanakan sempurna dan berjalan mengikut masa yang ditetapkan . Kesemua peserta berjaya menamatkan larian mereka dalam masa lebih kurang satu jam.Keseluruhannya peserta-peserta begitu gembira dan bersemangat untuk menamatkan larian mereka.Walaupun peserta perempuan telah dilepaskan terlebih dahulu, namun peserta lelaki berjaya menamatkan larian bersama peserta perempuan.Sepanjang perjalanan acara ini, tidak ada kecederaan atau kecemasan yang serius berlaku.Namun terdapat murid terpaksa menaiki kereta Cikgu Jailani  kerana tidak dapat menamatkan larian mungkin kerana masalah kesihatan atau terlalu kepenatan.
Acara penyampaian hadiah akan diadakan pada Hari Sukan Sekolah pada 22 Jun 2014.Sebelum pulang, pelajar telah berehat dan minum untuk menghilangkan dahaga.Semoga acara ini dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang.Tahun hadapan mungkin jarak  larian akan ditambahkan supaya ia akan memberi lebih cabaran kepada murid.Ramai pelajar yang terlibat berharap agar larian merentas desa diadakan lagi pada tahun hadapan.


No comments:

Post a Comment