Monday 9 July 2012

Bacaan dan Latihan Kefahaman 2

        Baca petikan di bawah, kemudian jawab solan-soalan berikutnya.

Yang dihormati Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pegawai Pendidikan
Daerah, yang Berusaha Yang Dipertua PIBG, guru-guru, para ibu bapa dan
seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian. Saya mengucapkan terima kasih
kepada semua jemputan dan ibu bapa yang dapat hadir pada petang ini. Pertama
sekali saya memohon maaf kerana Majlis Anugerah Cemerlang ini telah ditunda
beberapa kali. Ini disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Walau
bagaimanapun, saya bersyukur kerana akhirnya majlis ini dapat diadakan.
Para hadirin sekalian,
Sepanjang tahun ini Sekolah Kebangsaan Kampung Tapak  telah mencapai
banyak kejayaan sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Dalam
Peperiksaan UPSR 2000 seramai 6 orang pelajar telah mendapat 5 A. Ini
merupakan satu kejayaan yang besar kerana sejak 3 tahun kebelakangan ini
pencapaian sekolah tidak begitu memberangsangkan.
Dalam bidang kokurikulum juga, sekolah telah mencapai kejayaan yang
membanggakan. Kita telah menyertai empat permainan iaitu bola sepak, bola jaring,
badminton serta bola baling. Dalam permainan bola jaring dan badminton lelaki kita
telah berjaya menjadi johan di peringkat daerah, manakala dalam permainan bola
sepak dan bola baling pula kita telah berjaya mendapat tempat kedua di peringkat
zon. Sementara itu, dalam pertandingan Pidato Diraja, wakil sekolah kita telah
berjaya ke peringkat negeri. Sekolah juga turut mengambil bahagian dalam
pertandingan Kuiz Kesihatan peringkat daerah dan berjaya menduduki tempat
ketiga. Sesungguhnya kejayaan yang dicapai itu adalah hasil usaha dan
kesungguhan para pelajar berlatih di samping tunjuk ajar dan bimbingan guru-guru
di sekolah ini.
Para hadirin sekalian,
Seperti mana yang telah kita ketahui, hari ini merupakan hari yang amat
bermakna untuk semua pelajar yang berjaya dalam peperiksaan akhir tahun barubaru
ini. Pada hari ini, kecermelangan mereka dalam pelajaran akan dihargai.
Kepada murid-murid yang tidak berjaya, jangan berputus asa. Jadikan ini sebagai
iktibar di masa akan datang. Akhir kata, selamat maju jaya kepada semua.


1          Ucapan di atas disampaikan oleh

A          Ketua Murid
B          Guru Penolong Kanan Kokurikulum
C          Guru Penolong Kanan 1
D          Guru Besar

2          Tujuan majlis itu diadakan adalah untuk

A         memohon maaf kerana Majlis Anugerah Cemerlang kerap tertunda
B         memberi penghargaan kepada murid-murid yang mendapat 5 A dalam
            UPSR
C         menyampaikan anugerah kepada murid yang berjaya dalam permainan
D         memberi penghargaan kepada wakil pertandingan Pidato Diraja


3          Kali terakhir mencapai kecemerlangan dalam UPSR Sekolah Kebangsaan
Kampung Tapak  ialah pada tahun

A         1999
B         1998
C         1997
D         1996

4          Perkataan iktibar dalam petikan di atas membawa maksud

A          pedoman
B          teladan
C          panduan
D          ikutan

5          Berikut adalah pernyataan yang benar tentang kejayaan Sekolah Kampung
Tapak kecuali

A         Wakil Pidato Diraja berjaya menduduki tempat kedua peringkat negeri
B         Penyertaan bola sepak hanya di peringkat luak sahaja
C         Pasukan badminton lelaki lebih berjaya daripada pasukan perempuan
D         Pasukan kuiz kesihatan berjaya menduduki tempat ketiga di peringkat
           daerah

No comments:

Post a Comment