Monday 9 July 2012

Bacaan dan Latihan Kefahaman 1



Baca berita di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

BANDAR JENGKA 11 Mei - Ekspo PNB 2011 yang telah dirasmikan oleh Menteri
Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini mendapat sambutan yang
menggalakkan apabila dikunjungi oleh 35 000 pengunjung.
Ekspo selama empat hari sehingga 13 Mei 2011 yang bertempat di Dewan
Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah (Balora Mastika) di sini, dijangka akan terus
menarik lebih ramai masyarakat setempat daripada pelbagai peringkat.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena ekspo itu seperti pameran
pendidikan dan jualan barangan oleh syarikat-syarikat pelaburan PNB, demikian
menurut PNB dalam kenyataannya di sini hari ini.
Ekspo turut dimeriahkan dengan aktiviti sudut produk, taklimat kerjaya,
program kenali PNB, pertandingan debat, peraduan mewarna dan rancangan kuiz
bersama Along.
Lain-lain aktiviti termasuk kuiz untuk golongan remaja, dewasa dan keluarga,
persembahan kebudayaan dan sukaneka.
Para pengunjung bertuah berpeluang memenangi sebuah komputer dan 10
sijil ASB bemilai RM 100 setiap satu pada hari kedua dan ketiga ekspo diadakan.
Sebuah motosikal Modenas Kriss 110 juga ditawarkan kepada pengunjung
bertuah pada hari terakhir ekspo di samping hadiah yang sama ditawarkan pada hari
yang sebelumnya.
Ekspo ini dijangka dapat meningkatkan lagi kefahaman orang ramai,
khususnya masyarakat di sekitar Bandar Jengka tentang selok-belok pelaburan.
Pameran dibuka kepada orang ramai mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam.

1              Bilakah Ekspo PNB 2011 bermula?

A 10 Mei  2011
B 11 Mei  2011
C 12 Mei  2011
D 13 Mei  2011
  

2              Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang diadakan di Ekspo PNB 2011 kecuali

A              peraduan melukis
B              pertandingan bahas
C              sukaneka
D              taklimat kerjaya

3              Pengunjung bertuah Ekspo PNB 2011 pada hari terakhir akan menerima

A                komputer dan sebuah motosikal Kriss.
B                komputer dan sijil ASB bernilai RM 100.
C                sijil ASB bernilai RM100 dan motosikal Kriss.
D                komputer, Sijil ASB bernilai RM100 dan motosikal Kriss.

4              Berikut adalah tujuan Ekspo PNB 2011 dilaksanakan kecuali

A               mengadakan pameran yang berkaitan dengan pendidikan.
B              mengadakan jualan barangan oleh syarikat-syarikat pelaburan PNB.
C              menarik pengunjung datang ke ekspo tersebut.
D              mencungkil bakat dan memberi peluang kepada pengunjung memenangi pertandingan yang dijalankan.

      5          Berapakah aktiviti bercorak pertandingan yang dijalankan, 
                   sepanjang Ekspo  PNB 2011?

      A               Dua
      B               Tiga
      C               Empat
      D               Lima

No comments:

Post a Comment