Sunday 22 June 2014

Sukan Sekolah Saya

Persediaan Rumah Hijau
Rumah Hijau bersedia untuk bertarung
Rumah Merah di belakang Rumah Hijau
Kontinjen Rumah Kuning
Kontinjen Rumah Hijau
Gadis Litar Rumah Hijau
Kontinjen Kuning SMRAUJ
Kontinjen Hijau SMRAUJ
Malu pulak Nurul Nazirah ni!
Kontinjen Merah SMRAUJ
Malu pulak penjaga ni nak ambil gambar!
Bacaan Ikrar
Bersukan dengan penuh semangat kesukanan
Hormat bendera
Pulang ke khemah masing-masing
Rumah Hijau mengambil tempat
Upacara Penyampaian Hadiah
Hadiah Merentas Desa Lelaki
NYDP PIBG SK Tapak menyampaikan hadiah
Hadiah Merentas Desa Perempuan
Hadiah Lontar Peluru Perempuan
Puteri NYDP turut menjadi Johan
Rumah Hijau menyapu bersih pingat Lompat Jauh
Pingat Lompat Jauh Perempuan
Peserta Rumah Merah memulakan larian
Peserta Rumah Merah menghampiri garisan penamat
Pertukaran baton bagi acara 4X100m
Guru dan penjaga yang memberi semangat
Bersedia untuk acara lari berganti-ganti
Penjaga menjerit untuk membakar semangat
Pemerhati dari jauh
Pertukaran baton peserta Rumah Merah
Hakim yang bertugas
Acara terbuka untuk ibu bapa dan pegawai sukan
Murid-murid turut membantu acara
Acara Isi Air Dalam Botol
Sedang tekun mengisi air
Cara yang tersendiri
Sedang mengisi air
Masa hanya 3 minit
Baru suku
Berhati-hati
Hanya mampu tempat kedua
Mendengar ucapan perasmian penutup
Sudah kepenatan
Kontinjen Rumah Kuning
Kontinjen Rumah Merah
Kontinjen Rumah Hijau di samping hadiah masing-masing
Bergambar bersama hamper yang dimenangi
Bersama guru penasihat
Tahniah kepada Johan Perbarisan & Johan Keseluruhan Rumah Sukan

CATATAN HARI SUKAN SEKOLAH SAYA

AHAD, 22 Jun 2014 – Mulai pukul 7.30 pagi  murid-murid  berkumpul di kelas masing-masing bersama guru-guru penasihat rumah untuk menghiaskan diri masing-masing untuk acara perbarisan. Kemudian mereka mendengar taklimat daripada guru kokurikulum untuk memulakan acara sukan pada pagi ini. Sekolah kami bergabung dengan Sekolah Menengah Rendah Agama Ulu Jempol dalam acara sukan ini buat kali yang kelima.
            Kira-kira pada pukul 7.45 pagi para pegawai sukan mengambil tempat di bangsal tetamu. Para ibu bapa juga tidak ketinggalan memenuhi tempat duduk yang disediakan di sebelah khemahtetamu. Guru-guru bertungkus-lumus apabila menjalankan tugas yang diamanahkan di padang. Ada murid yang sukarela membantu cikgu menyediakan alat dan menyusun pingat-pingat di atas meja.Pukul 8.15 pagi ,hari sukan membuka tirai apabila pasukan-pasukan rumah berarak mengelilingi padang yang dihias dengan panji-panji dan banting yang bercitra  warna. Peserta-peserta tiga buah rumah memberikan tabik hormat semasa lintas hormat kepada Naib Pengetua Sekolah Menengah Rendah Agama Ulu Jempol En Mazlan Yaakob dan Penolong Kanan Akademik Sekolah Kebangsaan Tapak Pn Mazura Abd Aup. Kemudian  diikuti oleh Muhammad Zaquan dari SMRAUJ mewakili atlet melafazkan ikrar dengan penuh semangat.  
           Kira-kira pada pukul 8.35 pagi , acara balapan bermula dengan acara 100m lelaki dan perempuan mengikut tahap masing-masing.Kemudian diikuti dengan acara 200 m, acara 4X100m dan 4X200m. Manakala acara 400m hanya untuk sekolah menengah. Kemudian  acara sukaneka untuk murid-murid Tahun 1 dan Tahun 2.Murid-berkerumun di tepi lorong untuk memberi sokongan dan dorongan kepada pelari rumah masing-masing. Pada masa itu,padang riuh-rendah dengan tepukan dan sorakan apabila setiap acara dipertandingkan. Suasana pada masa itu meriah dan hingar-bingar.Majlis berhenti rehat kira-kira pada pukul 10:30 pagi.Kira-kira pukul 11.30 pagi, acara terbuka kepada guru dan ibu bapa mendapat sambutan yang hangat. Semua acara ini dilepaskan oleh Cikyu Md Yunus Ashari.
            Kira-kira pada pukul 12.00 tengah hari Pemangku Pengetua SMRA Ulu Jempul dijemput menyampaikan hadiah kerana VIP jemputan tidak dapat menghadirkan diri.Johan Perbarisan Terbaik jatuh kepada Rumah Hijau dan Johan Keseluruhan juga jatuh kepada Rumah Hijau.olahragawan Terbaik jatuh kepada Muhammad Rizq Irfan Mohd Hamim dari Rumah Hijau manakala Olahragawati Terbaik jatuh kepada Siti Zaleha Hamdan dari Rumah Kuning. Atlet-atlet rumah menerpa ke arah kawan-kawan sambil melonjak-lonjak kegembiraan. Mereka bergambar dengan merakamkan detik kegemilangan ini.
            Selepas itu diadakan majlis perasmian penutup yang disempurnakan oleh Pemangku Pengetua SMRA Ulu Jempol. Kira-kira pukul 12:45 tengah hari ,murid-murid dan guru-guru berkemas dan membersihkan padang bagaikan aur dengan tebing.


No comments:

Post a Comment