Wednesday, 3 July 2013

Kata Sendi Nama


1.  Pelancong _________ Jepun sedang memilih beberapa helai kain batik untuk dijadikan oleh-oleh.
      A. oleh           B.   dari          C. daripada          D. dengan

2.  Fatimah sangat rindu _________ neneknya yang berada di kampung.
      A. kepada       B. pada          C. akan            D. ke

3.  Kek hari jadi adik yang sedap itu dibuat _________ ibu.
      A. daripada     B. dari           C. untuk           D. oleh

4.  Layang-layang adik yang baru dibeli itu tersangkut __________ pokok yang tinggi.
      A.  di               B. pada          C. kepada        D. ke

5.  Perabot yang dijual di kedai perabot itu semuanya diperbuat ___________ kayu jati.
      A. dari            B. daripada     C. untuk          D. demi

6.  Bapa telah membeli sebentuk cincin berlian ________ ibu sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-20.
      A. untuk         B. kepada        C. ke               D. demi

7.  Kita haruslah bersenam setiap hari __________ kesihatan kita.
      A. kerana       B. untuk           C. demi          D. kepada

8.  Pak Kassim sanggup bekerja ________ pagi ________ malam untuk menyara kehidupan keluarganya.
      A. daripada ...sampai          B. daripada...hingga          C. dari....sampai         D. dari....hingga

9. Perdana Menteri menyaksikan perjanjian persefahaman ________ kedua-dua buah syarikat perkapalan itu di Putrajaya.
     A. dengan       B. untuk           C. dalam         D. antara

10. Guru kelas sedang berbincang dengan murid-murid ___________ sambutan Hari Guru akan diadakan pada minggu hadapan.
    A. tentang        B. bahawa        C. dengan       D. antara
11. Pinggan mangkuk Vantage yang dihiasi corak bunga –bungaan mendapat sambutan yang baik _____ peminat porselin.
A untuk C dengan B antara D daripada
12. Taman Botani dan Taman Negara sering menjadi tumpuan pengunjung terutamanya _____ hujung minggu.
A di C pada B Kepada D umpama
13. Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya mengamalkan sikap tolong_menolong antara satu sama lain _____ kehidupan seharian.
A demi C bagai B dalam D untuk
14. Ibu menaburkan padi usang itu ke tanah _____ dimakan oleh ayam-ayam peliharaannya.
A untuk C daripada B sampai D kepada
15. Tini rindu _____ kedamaian kampung neneknya yang terletak di kaki Gunung Ledang.
A pada C antara
B akan D kepada
16. Lima orang pendaki yang hilang _____ tiga hari yang lalu telah dijumpai
di dalam hutan tebal di kaki Gunung Tahan.
A hingga C sejak
B seperti D antara
17. Samila telah terpilih sebagai pemain boling terbaik _____ Majlis sukan sekolah-sekolah Malaysia .
A oleh C akan
B pada D bagi
18. Tengku Suria telah banyak mengorbankan masanya _____ membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit AIDS di rumah kebajikan itu.
A tentang C untuk
B di D kepada
19. Ibu mengucapkan terima kasih kepada Puan Norma _____ menjaga rumah sepanjang kami pergi bercuti di Pulau Phuket.
A untuk C daripada
B kepada D dengan
20. _____ Ayu dan Ani, Ayu lebih cekap menjaringkan gol walaupun Ani mempunyai lima tahun pengalaman dalam permainan hoki.
A Dalam C Antara
B Terhadap D Tentang


No comments:

Post a Comment