KATA GANTI DIRI
|
ORANG YANG DITUJUKAN
|
Saudara/saudari |
Rujukan dan sapaan kepada orang yang baru dikenali, rujukan kepada hadirin majlis. |
Cik
|
Orang perempuan yang belum berkahwin/
berkedudukan tinggi daripada penutur.
|
Saya
|
Digunakan apabila bertutur dengan orang yang
dihormati dan mempunyai status yang lebih tinggi. (guru, orang yang lebih
tua, orang yang baru dikenali)
|
Aku
|
Digunakan dalam situasi tidak formal atau kepada
kenalan rapat.
|
Patik/hamba
|
Digunakan oleh rakyat biasa apabila bertutur
dengan raja.
|
Beta
|
Digunakan oleh raja apabila bertutur dengan
rakyat biasa.
|
Tuan
|
Orang yang mempunyai kedudukan tinggi daripada
penutur.
|
Puan
|
Orang perempuan yang sudah berkahwin dan dipakai
bersama nama atau jenis jawatan sperti Puan Pengetua.
|
Engkau/Kau
|
Digunakan dalam situasi tidak formal / kenalan
rapat.
|
Tuk
|
Kadi/Iman/Penghulu
|
Anda
|
Digunakan dalam situasi formal dan boleh
ditujukan kepada pendengar tanpa mengira peringkat umur.
|
Tuanku/ Baginda
|
Digunakan kepada raja.
|
Ia/Dia
|
Boleh dirujuk kepada manusia tetapi tidak kepada
objek bukan manusia dan benda.
|
Beliau
|
Digunakan sebagai rujukan orang yang dihormati
dan mempunyai kedudukan.
|
Mereka
|
Kata ganti diri orang ketiga jamak.
|
-nya
|
Kata ganti menunjukkan keupayaan bagi orang
ketiga tunggal ( Misalnya, pen ini pennya). Boleh juga digunakan
sebagai kata ganti diri orang ketiga tunggal.
(Sampaikan salam saya kepadanya) |
RUJUKAN ORANG YANG TELAH MENINGGAL
DUNIA
ALMARHUM
|
Digunakan untuk kerabat diraja lelaki
|
ALMARHUMAH
|
Digunakan untuk kerabat diraja wanita
|
ALLAHYARHAM
|
Digunakan untuk lelaki Islam
|
ALLAHYARHAMAH
|
Digunakan untuk perempuan Islam
|
MENDIANG
|
Digunakan untuk lelaki atau perempuan bukan Islam
|
SAPAAN DAN RUJUKAN HORMAT BAGI YANG
BERGELAR
GELARAN
|
RUJUKAN HORMAT
|
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong
|
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong.
|
Raja-raja
|
Duli yang Maha Mulia
|
Balu Raja
|
Yang Maha Mulia
|
Bergelar warisan (Tengku, Raja, Tunku, Engku,
Ungku)
|
Yang Mulia
|
Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri Menteri Besar Ketua Menteri |
Yang Amat Berhormat
|
Tun
Orang Besar Empat Toh Puan |
Yang Amat Berbahagia
|
Yang Dipertua Negeri
|
Yang Berbahagia
|
Tan Sri, Puan Sri, Datuk, Datin, Datuk Seri,
Datuk Seri Paduka.
|
Yang Berbahagia
|
Ketua Hakim Negara
|
Yang Arif
|
Kadi
|
Sahibul-Fadilah
|
Mufti
|
Sahibus-samahah
|
Ketua Jabatan/Guru Besar
|
Yang Berusaha
|
No comments:
Post a Comment