HATI MURNI
Aqim seorang budak yang sangat nakal. Dia selalu
mengganggu rakan-rakannya. Oleh itu, dia tiada kawan kecuali Idham yang sering mengikutnya.
Selain itu, dia juga suka membuli rakan-rakannya.
Pada suatu hari, Aqim dan Idham mengganggu Afiq,
seorang pelajar baru di sekolah mereka. Ketika Afiq sedang berjalan
berseorangan, Idham menahan Afiq. Sementara itu, Aqim pula memasukkan mercun
dan pemetik api ke dalam beg Afiq. Namun begitu, perbuatan Aqim telah dilihat
oleh Wahida yang sedang lalu di situ.
Pada hari itu juga, semua pengawas telah diarahkan
untuk membuat pemeriksaan mengejut setelah mendapat maklumat ada murid yang
membawa mercun ke sekolah. Afiq telah ditangkap kerana terdapat mercun di dalam
begnya. Oleh yang demikian, Afiq telah dibawa kepada guru bertugas iaitu Cikgu
Shuhud. Justeru, siasatan telah dijalankan dan Afiq didapati bersalah. Ketika
Afiq hampir dihukum, Wahida tampil memberi perjelasan tentang perkara
sebenarnya. Wahida mengakui melihat sendiri perbuatan Aqim terhadap Afiq. Akhirnya,
Aqim mengaku melakukan perbuatan itu untuk mengugut Afiq kerana Afiq tidak
memberinya wang yang diminta. Oleh sebab itu, Aqim menyimpan dendam kepada
Afiq.
Pada suatu hari, ketika Afiq sedang berjalan,
tiba-tiba Aqim menyerang dan memukul Afiq. Kepala Afiq berdarah. Namun begitu,
Afiq tidak mengadu kepada guru. Selesaikan menjalankan aktiviti kokurikulum,
tiba-tiba Aqim terpijak paku. Kakinya tercedera dan tidak dapat berjalan. Semua
kawannya telah pulang. Tiba-tiba Afiq muncul untuk membantu Aqim.Aqim tidak
menyangka Afiq sudi menolongnya ketika dia dalam kesusahan. Selepas itu Afiq
mengeluarkan sapu tangannya lalu membalut luka Aqim. Aqim sangat terharu lantas
memohon maaf kepada Afiq.Afiq memaafkan Aqim.Aqim dipapah oleh Afiq untuk
menerima rawatan selanjutnya daripada guru. Sesungguhnya Aqim telah insaf.
Semenjak hari itu Aqim menjadi budak yang baik.
Soalan:
1.Siapakah
yang telah insaf
dalam petikan
tersebut?
2.Bagaimanakah
Afiq
menolong Aqim?
3.Bagaimanakah
strategi Aqim
ingin
mendapatkan wang
daripada Afiq?
No comments:
Post a Comment