Tolong- menolong
merupakan suatu kewajipan bagi
setiap manusia.SIfat tolong- menolong akan dapat membantu orang lain. Jika kita
memerlukan bantuan pula,tentunya orang lain akan menolong kita. Dengan tolong-
menolong kita akan dapat membina hubungan baik sesama manusia. Tolong- menolong
juga dapat memupuk rasa kasih sayang
antara jiran tetangga, antara kawan, dan
masyarakat.
Melalui
pertolongan yang kita hulurkan orang
lain akan mendapatkan kepuasan dan kebahagiaan. Mereka merasakan kita ini ada
dan diperlukan oleh orang lain. Bantuan yang kita berikan sangat bermakna bagi mereka. Apabila kita
memerlukan pertolongan daripada mereka pada suatu masa kelak, sudah pasti
mereka akan memberikan bantuan pula dengan rela
hati.
Kadang-kala kita
merasa amat jengkel pada orang yang
mampu untuk menolong seseorang tetapi tidak mahu melakukannya. Begitu ramai
orang kaya yang tidak mahu membelanjakan sebahagian hartanya untuk orang miskin
walhal itulah tuntutan agama yang
perlu mereka tunaikan. Bahkan sebaliknya berlaku di mana orang kaya menggunakan
kekayaannya menindas orang miskin seperti memonopoli
suatu perniagaan dan mengenakan bayaran perkhidmatan yang tinggi.Akibatnya
orang miskin bertambah miskin manakala orang kaya bertambah kaya.Banyak juga
orang bijak pandai yang tidak mahu mengajarkan ilmunya kepada orang yang jahil sebaliknya mereka yang berilmu
tinggi ini membohongi orang kampung demi
untuk mencapai keuntungan peribadi.
Melalui pertolongan yang diberikan kepada
orang lain sebenarnya kita menolong diri sendiri. Kita tidak perlu ragu-ragu untuk menolong orang lain.
Dengan menolong orang lain, hidup kita akan terasa bermakna dan jauh dari rasa
kekecewaan.Tuhan akan membalas kebaikan yang telah kita lakukan.Pertolongan
yang diberikan tidak semestinya dengan harta dan wang ringgit, tetapi boleh
juga kita hulurkan dalam bentuk fikiran dan tenaga. Malah kita juga boleh
membantu seseorang dengan memohon doa kepada Tuhan.
Oleh itu, marilah kita tolong menolong
kerana sesungguhnya buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.
- Berikan maksud perkataan yang dihitamkan.
- Jelaskan maksud "buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat".
terima kasih atas perkongsian ini...
ReplyDeleteLihat lah blog ku
ReplyDelete