Sunday 15 July 2012

BACAAN





Banjir

Orang ramai yang tinggal di kawasan rendah dan sering dinaiki air diingatkan supaya sentiasa berjaga-jaga berikutan hujan lebat pada masa ini. Setakat ini, beberapa buah kampung di daerah Kuala Jempol telah dinaiki air. Antaranya termasuklah Kampung Lonek Seberang, Kampung Kuala Sialang dan Kampung Sungai Taling.
Penduduk kampung tersebut dinasihati supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan daripada pihak yang berkuasa. Utamakanlah keselamatan diri dan hargailah nyawa.Berpindahlah segera jika diarahkan berbuat demikian dan simpanlah dokumen-dokumen penting di tempat yang selamat.
Kanak-kanak pula dinasihati agar tidak bermain air. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak kerana         ‘ malang tidak berbau ‘.
................................................................ 
KAD SITUASI
Kamu dan keluarga akan pulang ke kampung pada hujung minggu ini selama dua hari.Senaraikan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil sebelum meninggalkan rumah.

No comments:

Post a Comment