Baca berita di bawah
kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
BANDAR JENGKA 11 Mei
- Ekspo PNB 2011 yang telah dirasmikan oleh Menteri
Besar Pahang, Datuk
Seri Adnan Yaakob hari ini mendapat sambutan yang
menggalakkan apabila
dikunjungi oleh 35 000 pengunjung.
Ekspo
selama empat hari sehingga 13 Mei 2011 yang bertempat di Dewan
Jubli Perak Sultan
Haji Ahmad Shah (Balora Mastika) di sini, dijangka akan terus
menarik lebih ramai
masyarakat setempat daripada pelbagai peringkat.
Pelbagai
aktiviti menarik diadakan sempena ekspo itu seperti pameran
pendidikan dan jualan
barangan oleh syarikat-syarikat pelaburan PNB, demikian
menurut PNB dalam
kenyataannya di sini hari ini.
Ekspo
turut dimeriahkan dengan aktiviti sudut produk, taklimat kerjaya,
program kenali PNB,
pertandingan debat, peraduan mewarna dan rancangan kuiz
bersama Along.
Lain-lain
aktiviti termasuk kuiz untuk golongan remaja, dewasa dan keluarga,
persembahan
kebudayaan dan sukaneka.
Para
pengunjung bertuah berpeluang memenangi sebuah komputer dan 10
sijil ASB bemilai RM
100 setiap satu pada hari kedua dan ketiga ekspo diadakan.
Sebuah motosikal
Modenas Kriss 110 juga ditawarkan kepada pengunjung
bertuah pada hari
terakhir ekspo di samping hadiah yang sama ditawarkan pada hari
yang sebelumnya.
Ekspo
ini dijangka dapat meningkatkan lagi kefahaman orang ramai,
khususnya masyarakat
di sekitar Bandar Jengka tentang selok-belok pelaburan.
Pameran dibuka kepada orang
ramai mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam.
1
Bilakah Ekspo PNB 2011 bermula?
A 10 Mei 2011
B 11 Mei 2011
C 12 Mei
2011
D 13 Mei
2011
2
Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang diadakan di Ekspo
PNB 2011 kecuali
A peraduan melukis
B pertandingan bahas
C sukaneka
D taklimat kerjaya
3
Pengunjung bertuah Ekspo PNB 2011 pada hari terakhir akan
menerima
A komputer dan sebuah motosikal Kriss.
B komputer
dan sijil ASB bernilai RM 100.
C sijil ASB bernilai RM100 dan motosikal Kriss.
D
komputer, Sijil ASB bernilai
RM100 dan motosikal Kriss.
4
Berikut adalah tujuan Ekspo PNB 2011 dilaksanakan kecuali
A mengadakan pameran
yang berkaitan dengan pendidikan.
B mengadakan jualan
barangan oleh syarikat-syarikat pelaburan PNB.
C menarik pengunjung
datang ke ekspo tersebut.
D mencungkil bakat dan
memberi peluang kepada pengunjung memenangi pertandingan yang dijalankan.
5 Berapakah aktiviti bercorak pertandingan yang
dijalankan,
sepanjang Ekspo PNB 2011?
sepanjang Ekspo PNB 2011?
A Dua
B Tiga
C Empat
D Lima
No comments:
Post a Comment