Namaku
Raleigh.Aku dilahirkan di sebuah kilang basikal di Butterwoth,Pulau Pinang .Badanku
berwarna hitam dan putih metalik.Aku sesuai ditunggang oleh orang lelaki kerana ada
palang di bahagian tengah badanku.
Pada
suatu hari aku bersama rakan-rakan dinaikkan ke atas sebuah lori.Lori itu
bergerak ke serata pelosok negara.Rakan-rakanku diturunkan di beberapa tempat.Akhirnya tibalah giliran aku
diturunkan.Aku diturunkan di sebuah kedai bernama Kedai Basikal Hock Kee Hing
di sebuah pekan bernama Batu Kikir.
Aku
dipamerkan di kedai basikal itu untuk beberapa lama sehinggalah pada suatu hari
aku dibelek-belek oleh seorang budak remaja bersama ayahnya.Setelah berlaku
tawar-menawar akhirnya aku dibeli dengan harga tiga ratus ringgit. Ayah budak
itu membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke rumahnya.
Tuan
aku bernama Shuhud.Shuhud membawa aku ke sekolah dan bersiar-siar di sekitar
Batu Kikir pada setiap hari.Aku dijaga dengan rapi.Hampir setiap hari Shuhud
akan mencuci badanku walaupun tidaklah
berapa kotor.Kawan-kawan Shuhud memuji aku yang sentiasa kelihatan cantik dan
berkilat. Aku berasa sangat bangga apabila dipuji begitu,lebih-lebih lagi
apabila kadang-kadang aku memenangi
perlumbaan bersama rakan-rakannya. Mungkin badanku lebih ringan
menyebabkan aku lebih laju berbanding basikal lain.
Setelah
beberapa tahun berlalu, komponen-komponen besi di badanku mulai berkarat. Cat
yang dulunya berkilat,kini mulai pudar.Tayarku juga kerap pancit. Shuhud juga
sudah bersekolah di asrama penuh.Aku jarang-jarang digunakan.Aku sedar aku
tidak secantik dulu lagi.Aku diletakkan di bangsal kereta ayah Shuhud. Di
sinilah aku menghabiskan sisa-sisa hidupku sebagai sebuah basikal.
tq
ReplyDelete