Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang
membentukkomputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga
dikenali sebagai peranti (device).
Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan
fizikal pada sebuah komputer, manakala perisian (software) menyediakan arahan
kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer. Kadangkala perbezaan
perkakasan (hardware) dengan perisian agak kabur, terutama apabila
merujuk kepada perisian tegar (firmware). Perisian tegar
ialah perisian yang dipasang ke
dalam perkakasan, ia amat jarang perlu diubah dan oleh itu biasanya disimpan
dalam ingatan baca sahaja (ROM).
Kebanyakan
perkakasan komputer tidak dapat dilihat oleh pengguna biasa. Ia merupakan
sebahagian dari sistem terbenam yang digunakan dalam kenderaan,
ketuhar gelombang mikro, mesin elektrokardiograf, pemain cakera padat dan
banyak lagi. Komputer peribadi, perkakas yang paling biasa pada kebanyakan
orang, merupakan cuma sebahagian kecil perkakasan komputer (kira-kira 0.2% dari
semua komputer baru pada 2003).
Peranti Output
- Peranti
output adalah sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk memaparkan
maklumat yang telah diproses oleh Unit Pemprosesan Pusat (CPU) untuk
dilihat, digunakan atau didengar oleh pengguna.
- Data
yang diinput menerusi peranti input perlu diproses oleh komputer supaya
berada dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin sehingga peranti output
menukarkannya ke bentuk yang boleh dibaca oleh manusia. diantara
contoh-contoh peranti output adalah seperti :
i - Monitor
Rajah 2.22 : LCD Monitor
|
Memaparkan maklumat yang kelihatan di atas skrin.
Maklumat yang biasa dipaparkan di atas skrin adalah seperti gambar, permainan
komputer, tayangan filem, arahan, teks dan sebagainya. antara jenis-jenis
monitor adalah CRT (Cathode Ray Tube, LCD (Liquid Crystal Display) dan Plasma
Display.
Rajah 2.23: Projektor LCD
|
ii - Projektor LCD
Fungsi yang sama seperti monitor tetapi
lebih sesuai digunakan untuk ditayangkan di sebuah bilik atau kawasan yang
luas.
iii - Pencetak
Rajah 2.24 : Pencetak
|
Pencetak adalah satu peranti yang digunakan
untuk mengeluarkan maklumat dalam bentuk cetakan pada kertas. Juga dikenalai
salinan Hard Copy. Manakala salinan dalam disket dikenali sebagai Soft
Copy. Terdapat beberapa jenis pencetak yang terdapat dipasaran. Antaranya
ialah Pencetak Bubble-Jet, Pencetak Laser, Pencetak Dot-Matrix dan Pencetak
Plotters.
|
Rajah 2.25 : Pembesar Suara
|
iv - Speaker Audio
Speaker ataupun lebih dikenali dengan nama pembesar suara. Ia mengeluarkan
maklumat dalam bentuk bunyi/audio.
Peranti Input
- Peranti input adalah sebarang
peranti perkakasan yang digunakan untuk menghantar data ke komputer. Tanpa
peranti input, sesebuah komputer hanya bertindak seperti televisyen iaitu
hanya memaparkan maklumat sahaja dan tidak membenarkan pengguna
berinteraksi dengannya.
- Ia digunakan untuk membawa
input dalam bentuk digital ke memori utama, pemprosesan serta sebagai
output.
- Terdapat pelbagai peranti input
untuk kegunaan teks, grafik, audio dan video. Ia boleh dikategorikan
mengikut klasifikasi bahan yang diinputkan :
i - Teks
- Papan Kekunci (Keyboard)
|
Rajah 2.11: Papan Kekunci
|
Merupakan peranti yang
digunakan untuk memasukkan data dan arahan. Terdapat berbagai bentuk, gaya,
saiz, bentangan (susun atur), "rasa/sentuhan" dan bilangan kekunci.
pada kebiasaannya bilangan kekunci ialah 101. Bentangan yang selalu digunakan ialah
susun atur QWERTY kerana lima kekunci pertama baris atas untuk alfanumerik
ialah huruf Q,W,E,R,T dan Y.
ii - Grafik
|
Rajah 2.12: Mesin Pengimbas
|
1.
Mesin Pengimbas
Peranti in menukarkan imej
teks, lukisan, gambar dan yang serupa dengannya pada helaian kertas kepada
bentuk digital untuk dimasukkan secara langsung ke komputer. Imej yang telah
diproses boleh dipaparkan di skrin, disimpan di peranti storan dan dihantar
kepada komputer lain.
2. Kamera Digital
Rajah
2.13: Kamera Digital
|
Kamera Digital adalah sama dengan kamera tradisi kecuali imej direkod secara digital pada cakera atau dalam ingatan kamera dan bukan filem. Anda boleh mengambil gambar, melihat dan meletakkannya di halaman Web dalam masa beberapa minit sahaja.
3. Pengimbas Kod Bar
|
Rajah 2.14: Pengimbas Kod Bar
|
Kod Bar adalah set garisan yang berbeza
ketebalannya yang mewakili nombor. Pengimbas Bar Kod digunakan untuk input data
dari kod bar ke dalam komputer. Kebanyakan barang-barang sekarang menggunakan
kod bar sebagai maklumat produk.
iii - Audio
Rajah
2.15: Mikrofon
|
Peranti input audio digunakan untuk merekod atau memainkan muzik analog kepada bentuk digital. Amnya, ia boleh menerima berbagai bentuk bunyi seperti input. sedangkan peranti pengecam suara hanya boleh menerima satu jenis input audio sahaja iaitu input suara.
iv - Video
|
Rajah 2.17: Kamera Web
|
|
Rajah 2.16: Kamera Video
|
Peranti ini membolehkan gambar video
ditukar kepada bentuk digital melalui kad khusus.
v - Lain-lain
1.
Skrin Sesentuh
Rajah
2.18: Skrin Sesentuh
|
Peranti ini bertindak sebagai peranti input dan pada masa yang sama sebagai peranti output. Ia membenarkan pengguna memberikan arahan atau membuat pilihan dengan hanya menyentuh pada skrin. Contoh perkakasan yang mempunyai skrin sesentuh adalah mesin ATM Bank, telefon pintar, mesin kiosk dan mesin juruwang.
2. Peranti Penunjuk
|
Rajah 2.19: Tetikus
|
|
Rajah
2.20: Kayu Ria
|
Peranti ini digunakan untuk
memberi arahan berdasarkan kursur penunjuk (pointing cursor).
Storan
- Komputer
merupakan peralatan elektronik yang berupaya untuk menyimpan data, arahan,
maklumat dan dokumen. Ia boleh dipanggil untuk digunakan pada bila-bila
masa. Komputer menyimpannya di dalam bentuk elektromagnet dan ianya boleh
dicapai oleh komputer sahaja.
- Storan
adalah ruang ingatan pada sesebuah komputer.
a) Cakera Liut
Cakera liut (floppy disk) adalah peranti berbentuk segiempat dan diselaputi oleh kepingan plastik. Peranti ini digunakan untuk menyimpan data yang kecil dan terdiri daripada kepingan bulat nipis yang mudah lentur. Data dan maklumat disimpan ke dalam kepingan bulat nipis dan ia dibaca menggunakan pemacu cakera liut.
Jadual di bawah menunjukkan sejarah turutan saiz format cakera liut yang biasa digunakan sehingga ke hari ini. Penggunaan cakera liut masih digunakan disebabkan kos yang murah dan berupaya menyimpan fail yang mudah dan kecil. Walaubagaimanapun, penggunaannya semakin terhad disebabkan permintaan semakin berkurangan.
Cakera liut (floppy disk) adalah peranti berbentuk segiempat dan diselaputi oleh kepingan plastik. Peranti ini digunakan untuk menyimpan data yang kecil dan terdiri daripada kepingan bulat nipis yang mudah lentur. Data dan maklumat disimpan ke dalam kepingan bulat nipis dan ia dibaca menggunakan pemacu cakera liut.
Jadual di bawah menunjukkan sejarah turutan saiz format cakera liut yang biasa digunakan sehingga ke hari ini. Penggunaan cakera liut masih digunakan disebabkan kos yang murah dan berupaya menyimpan fail yang mudah dan kecil. Walaubagaimanapun, penggunaannya semakin terhad disebabkan permintaan semakin berkurangan.
b) Cakera keras
Cakera keras (hard disk) merupakan antara peranti yang menyimpan data yang banyak. Peranti ini terdiri daripada kepingan litar yang berfungsi untuk membaca dan menerima data dan dilindungi oleh kepingan besi dan plastik. Data disimpan di dalam cakera keras yang dibahagikan kepada beberapa sektor. Jarum pada peranti ini berfungsi untuk membaca data yang dikehendaki. Ia bergerak setiap masa setiap kali arahan diberikan. Saiz cakera keras adalah dalam saiz Gigabyte (GB) dan wujud dari saiz 40 GB hingga 800 GB.
Disebabkan saiz storan yang besar, permintaan terhadap cakera ini bertambah khususnya dalam sektor awam dan swasta. Walaupun kos peranti adalah agak mahal tetapi permintaan semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Cakera keras (hard disk) merupakan antara peranti yang menyimpan data yang banyak. Peranti ini terdiri daripada kepingan litar yang berfungsi untuk membaca dan menerima data dan dilindungi oleh kepingan besi dan plastik. Data disimpan di dalam cakera keras yang dibahagikan kepada beberapa sektor. Jarum pada peranti ini berfungsi untuk membaca data yang dikehendaki. Ia bergerak setiap masa setiap kali arahan diberikan. Saiz cakera keras adalah dalam saiz Gigabyte (GB) dan wujud dari saiz 40 GB hingga 800 GB.
Disebabkan saiz storan yang besar, permintaan terhadap cakera ini bertambah khususnya dalam sektor awam dan swasta. Walaupun kos peranti adalah agak mahal tetapi permintaan semakin bertambah dari semasa ke semasa.
c)
Cakera Optik
Cakera padat seperti
cakera padat (VCD) atau audio (CD-DA) adalah contoh cakera optik. Cakera optik
mampu menyimpan data yang sangat banyak, iaitu melebihi 6000 Megabait (melebihi
6 Gigabait). Kesemua jilid ensiklopedia sekarang sudahpun dimuatkan dalam satu
cakera padat sahaja. Maklumat disimpan dalam cakera optik dan dicapai
daripadanya menggunakan cahaya laser dan bukan lagi menggunakan bahan magnet
seperti dalam media magnet (cakera keras, cakera liut).
Terdapat tiga jenis cakera optik asas iaitu cakera padat ingatan
baca sahaja. (CD-ROM), WORM (cakera padat jenis write
once, read many). dan cakera optik boleh padam. Setiap jenis cakera
optik tersebut memerlukan pemacunya sendiri.
CD-ROM adalah kategori
cakera padat bersaiz 120mm dengan muatan yang pelbagai (daripada 650MB) hingga
ke beberapa Gigabait), CD foto, dan CD-I adalah beberapa contoh cakera optik
yang tergolong dalam jenis CD-ROM.
d)
Cakera Kilat
Pemacu kilat USB adalah peranti storan ingatan kilat yang disepadukan dengan antaramuka USB.
Pemacu kilat USB lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh
dibawa ke mana sahaja. Kapasiti simpanan biasanya dalam lingkungan 64 MB sehingga 128 GB[1] dengan penambahbaikan yang berterusan
dalam nisbah saiz dan harga bagi setiap gigabait. Sesetengah pemacu kilat
membenarkan kitar tulis-padam sehingga lebih sejuta kali[2][3] serta mempunyai jaminan pengekalan data
selama 10 tahun,